Wednesday, 9 December 2015

CIRI - CIRI RAKAN YANG BAIK


  • Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.
  • Menunjukkan teladan yang baik.
  • Mengajak ke arah kebaikan.
  • Bersedia mendengar masalah.
  • Membantu dalam pelajaran
Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang lama. Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu”. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian.
Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.
Seterusnya ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa mempamerkan adab dan akhlak yang mulia untuk dijadikan ikutan kita. Rakan yang baik akan selalu menasihati kita jangan melakukan kesalahan dan menegur orang ke arah kebaikan. Rakan yang baik juga boleh dijadikan tempat meluahkan masalah supaya beban masalah yang ditanggung akan berkurangan. Apabila kita sakit, mereka akan menziarahi kita untuk bertanyakan khabar dan membincangkan perkara-perkara yang menarik. Mempunyai rakan yang baik dapat membimbing kita ke jalan yang benar agar kita tidak terlibat dalam kancah maksiat. Ia dapat mengajar kita menjadi seorang yang matang, berpendirian tegas, bijak membuat keputusan dan tidak mudah mengaku kalah.

Disamping itu, ciri-ciri kawan yang patut menjadi pilihan kita ialah kawan yang mendorong kearah kebaikan. Hal ini kerana,mereka dapat membentuk jati diri seseorang itu menjadi insan yang bepekerti mulia. Buktinya, ramai pelajar yang menjadi lebih cemerlang dengan cara memilih rakan yang baik bagi mengelakkan mereka daripada terpesong .Oleh itu, untuk menambahkan lagi kecemerlangan pelajar, saya berharap agar para pelajar perlulah memilih kawan yang baik supaya lebih cemerlang. Jika hal ini dapat dilaksanakan maka,ramailah pelajar akan lebih cemerlang daripada segi akhlak dan peribadi mereka.
Selain itu, Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.
        Seterusnya, ciri kawan yang perlu kita pilih ialah seorang kawan yang dapat membantu kita dalam pelajaran. Hal demikian,kawan yang kita pilih itu dapat membantu kita meningkatkan lagi prestasi kita dalam pelajaran.Buktinya, ramai pelajar yang ketinggalan boleh berjaya kerana bantuan kawan yang rajin.Oleh itu,untuk kita meningkatkan lagi prestasi kita dalam kelas saya berharap agar pelajar membuat keputusan dahulu sebelum memilih kawan seperti peribahasa "tepuk dada tanya selera".Jika hal ini dapat dilaksanakan maka,pelajar akan berjaya pada masa hadapan.
Sesungguhnya, setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.



Tuesday, 8 December 2015

(TOKOH PENDIDIKAN - AMINUDDIN BAKI)
Aminuddin Baki (26 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.
Pada 26 November 2015, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengurniakan darjah kebesaran Darjah Seri Paduka Mahkota Perak secara anumerta sempena hari keputeraan Sultan Perak bagi mengenang jasa Aminuddin.
Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sebentar waktu dan kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti Londondengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952. Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan pada bulan Julai 1953. Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.
Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti MalayaPersatuan Al-RahmanPersatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.
Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

PERANAN GURU DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Pendahuluan
-Tanggal 16 Mei merupakan suatu tarikh yang tidak asing lagi bagi Negara kita.  Pada 16 Mei merupakan hari keramat bagi setiap insan yang bergelar guru  kerana pada tarikh tersebut akan diadakan sambutan “Hari Guru”.

Isi
1) Lahir golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi.
    -melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara.

2) Bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu.
    -menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran.

3) Melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air  kita.
   -menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan.

4) Membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. 
   -kini banyak pelajar telah dipengaruhi oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial.
   -mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan.

Kesimpulan
-Guru memainkan peranan yang utama dalam membentuk modal insan yang berkualiti        supaya dapat membimbing pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan.





HUTAN PAYA BAKAU

PENGENALAN
Malaysia sememangnya bertuah kerana mempunyai pelbagai khazanah alam untuk diterokai. Menurut  Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin (2012) kepelbagaian bentuk muka bumi yang unik dari tanah tinggi hingga ke pantai nan indah ditambah dengan lambakan spesis flora dan fauna membuatkan negara Malaysia sebagai negara mega ‘kepelbagaian biologi’ di dunia. Kebanyakan orang mengenali ekosistem hutan hujan topika atau kehidupan marin di negara ini, namun ada satu lagi ekosistem yang tidak kurang pentingnya iaitu ekosistem hutan paya bakau yang terletak antara darat dan laut yang sememangnya mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan yang boleh dimanfaatkan. Oleh itu, makalah ini akan membicarakan dengan lebih mendalam mengenai ‘Hutan Paya Bakau’ di Malaysia.
Berdasarkan Chapman (1977 dalam Firuza Begham Mustafa 2008; 104) paya bakau merujuk kepada hutan unik yang mendominasi zon pasang surut pantai tropika dan subtropika, umumnya antara latitud 30° Utara dan 30° Selatan. Hutan bakau adalah jenis hutan khusus yang tumbuh di sepanjang pantai atau muara sungai yang dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Pokok bakau tumbuh di kawasan pantai yang terlindung daripada tiupan angin kencang dan lazimnya akan tumbuh lebih subur jika hidup di muara sungai yang lebar. Soepadmo (1980 dalam Firuza Begham Mustafa 2008; 104) menjelaskan hutan jenis paya bakau boleh didapati di pantai benua Asia, Australia dan New Zealand, namun hutan bakau yang terdapat di Asia Tenggara khususnya Malaysia, Sumatera dan Borneo merupakan yang paling subur dan menarik.
Malaysia memiliki lebih daripada 1.5 juta hektar hutan paya bakau dan hampir separuh daripadanya terletak di Sabah (240 000 hektar). Hutan bakau terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, di sepanjang pantai timur Sabah, di delta Sungai Rajang, Sarawak. Di Semenanjung Malaysia pula terdapat sekitar 225 033 hektar hutan bakau dimana 96 peratus terdapat di Pantai Barat manakala 4 peratus terdapat di Pantai Timur. (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2000).
Menurut Nurain Sahazali & Er Ah Choy (2013), terdapat pelbagai spesis bakau yang boleh dijumpai di Malaysia seperti spesies Rhizophora (bakau) yang banyak terdapat di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak yang mana tumbuhanpaya bakau ini adalah spesies yang tahan kepada keadaan persekitaran yang berair masin dan berlumpur. Spesies lain termasuklah Avicennia (api-api) dan Sonneratia, tetapi secara amnya kebanyakan spesies bakau ini mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti akar yang timbul di permukaan pasir.

KEPELBAGAIAN BIOLOGI DALAM EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU
Pelbagai jenis hidupan yang dapat kita jumpai sekiranya kira meneroka ekosistem yang tersimpan pelbagai khazanah sumber alam ini dan rahsia keistimewaan yang pastinya mengujakan hati. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan yang menjadikan kawasan ekosistem ini sebagai habitat seperti pelbagai spesis tumbuh – tumbuhan dan pelbagai jenis fauna dari sekecil hidupan hingga reptilia yang besar.

Berdasarkan Wetlands International (2013) tumbuh – tumbuhan di hutan paya bakau hidup di sekitar pesisiran pantai, muara sungai atau sungai berlumpur yang sering ditenggelami air. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai tumbuhan halofit, iaitu tumbuhan yang dapat menyesuaikan dirinya untuk hidup dalam udara atau tanah yang bergaram (masin). Terdapat pelbagai jenis pokok – pokok bakau yang  hidup di sekitar kawasan hutan paya bakau antaranya ialah  seperti rajah 1.

 (Avicennia Api-api Putih, Api-api Jambu,      
                            
      
                                     (Rhizophora   - Bakau Minyak, Bakau Kurap


Bagi hidupan fauna yang menjadi penghuni paya bakau yang paling biasa ditemui ialah ketam (rebab, nipah), ikan belacak, ular bakau, memerang licin, beruk dan sebagainya. Banyak spesis udang dan ikan yang menakluk kawasan hutan paya bakau sewaktu air pasang untuk mencari makanan, manakala siput, tertirip dan tiram banyak di jumpai diatas akar pokok bakau. Holistik (2010 dalam Siti Zubaidah Ibrahim, 2011; 3) menjelaskan di Sabah pula, hutan bakau juga telah menjadi habitat bagi Kera Bekantan.Tidak ketinggalan juga haiwan yang paling menarik yang dapat dijumpai kawasan hutan paya bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah pelbagai spesis burung (air dan pantai) yang mempunyai fizikal yang unik. Menurut Chapman (1975 dalam Nurul Najwa Ismail et al, 2009; 8). Beberapa jenis burung yang biasa terdapat di hutan paya bakau adalah dicaceum hirundinaceum, amyema spp. Antara burung lain ialah burung air seperti burung upeh, burung botak , burung bangau (besar dan kecil) dan burung pucung (seriap dan keladi) turut mendiami ekosistem paya bakau ini. 

KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAU
            Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Kehidupan manusia saling berkait dengan alam semester ini termasuklah hutan paya bakau sama ada secara langsung atau tidak. Hal ini dapat dilihat melalui kepentingan hutan paya bakau yang memberi banyak manfaat kepada semua hidupan sama ada dari segi ekologi, ekonomi termasuk menstabilkan geofizikal.
            Antara kepentingan hutan paya bakau dari segi ekologi ialah menjadi habitat kepada banyak hidupan seperti hidupan marin, penghuni pokok – pokok bakau dan hidupan yang semakin diancam kepupusan. Berdasarkan Siti Zubaidah Ibrahim (2011) kawasan paya bakau turut menjadi kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran terutama hidupan  akuatik seperti udang, ikan dan ketam. Hutan paya bakau juga merupakan satu tempat persinggahan bagi burung ‘penghijrah’ seperti burung bangau, burung raja udang dan sebagainya yang kerap dilihat di kawasan dataran hutan paya bakau di negara ini. Menurut  Jabatan tourism Malaysia (2015), semasa musim penghijrahan di antara bulan Ogos hingga April setiap tahun, dianggarkan lebih daripada 200,000 burung-burung hijrah yang terdiri daripada kira-kira 50 spesies akan singgah di Kuala Gula Perak yang sememangnya terkenal dengan kawasan hutan paya bakau.
            Kepentingan hutan paya bakau dari segi ekonomi pula ialah memberikan sumber makanan seperti ketam, ikan dan udang. Dalam konteks ini, penduduk setempat yang mendiami kawasan hutan paya bakau rata – ratanya terdiri daripada nelayan. Jadi, para nelayan ini dapat mencari sumber protein di kawasan hutan paya bakau ini dan lebihan daripada sumber makanan yang diperolehi hasil tangkapan di hutan paya bakau dapat dijual dipasar  - pasar yang berhampiran. Seterusnya, memberikan pulangan yang tinggi kepada negara melalui hasil perikanan. Holistik (2010 dalam Siti Zubaidah Ibrahim, 2011; 6) menjelaskan bahawa kerajaan sangat menggalakan para nelayan terlibat industri sangkar terampung di persikataran paya bakau. Penternakan ikan dalam sangkar seperti ikan (kerapu, siakap), kerang, udang (galah, harimau) dan ketam sememangnya menjamin pulangan hasil yang lumayan. Contohnya, udang harimau yang semakin terkenal telah bejaya di eksport ke Jepun yang sememangnya memberikan kesan kepada peningkatan nilai eksport negara.

KEGUNAAN HUTAN BAKAU
            Hutan bakau sememangnya banyak keistimewaan yang tersimpan seribu satu manfaat yang berguna buat manusia. Banyak yang kita boleh manfaatkan melalui penggunaan hutan bakau. Menurut Siti Zubaidah Ibrahim (2011) pokok bakau dapat dijadikan sebagai bahan untuk membuat rumah, membuat bot, perangkap ikan, kraftangan dan sebagainya. Sumber api daripada pokok bakau antara produk yang paling dikenali iaitu kayu arang Namun kini, sumber alam daripada pokok bakau telah telah pun dikomersialkan menjadi sabun, kosmetik dan produk penjagaan lain seperti di Jepun.
Selain itu, pucuk daun pokok bakau boleh dimakan sebagai sayur. Menurut Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring, kain layar dan pelekat plastic. Daun-daun nipah digunakan untuk industri kecil sederhana (IKS) seperti tikar anyaman, atap, bakul dan rokok daun. Manakala, kulit pokok tumu merah digunakan untuk merawat cirit-birit berdasarkan perubatan Cina di samping asap daripada pembakaran kayu Buta-buta untuk merawat penyakit kusta dan daunnya untuk merawat penyakit sawan.

 KESIMPULAN
            Hutan paya bakau merupakan ekosistem yang tidak kurang pentingnya yang sememangnya memberikan manfaat yang besar kepada manusia dari segi ekonomi dan sosial disamping kepentinganya kepada alam sekitar fizikal. Oleh itu, kawasan ekosistem paya bakau ini perlu dipelihara dan usaha pemeliharaannya perlu dititikberatkan oleh pihak yang bertanggungjwab. Sekiranya, hutan paya bakau yang terdapat di Malaysia ini diekplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa sebarang pengawasan, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti Malaysia akan kehilangan satu lagi ekosistem menarik dan unik yang mungkin tidak ada di negara lain.
            Sekiranya kita mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai hutan paya bakau nescaya kita akan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin kerana ekosistem hutan paya bakau terutama hutan pakau dan hidupan yang terdapat di kawasan tersebut saling bergantungan  dengan hidupan manusia. Justeru, semua pihak termasuk kita bersama – sama berganding bahu dalam memelihara dan memulihara hutan paya bakau agar ianya kekal menjadi tatapan buat generasi yang akan datang. Sesungguhnya, alam sekitar yang ada pada ketika ini bukannya yang kita warisi daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi yang akan datang. “Sayangilah dan Peliharalah Paya Bakau Kita”


Monday, 7 December 2015

WACANA PEMUJUKAN 

Wacana pemujukan bertujuan mengubah pemikiran dan  perlakuan pendengar atau pembaca. Kebiasaannya wacana pemujukan terdapat di dalam iklan. Wacana tersebut bersifat kreatif, maklumat mudah difahami.Antara ciri-cirinya, yang pertama, penulis perlu mengusulkan tindakan atau langkah yang harus dilakukan oleh audiens. Tindakan itu perlu jelas, khusus, dan dapat difahami oleh pembaca malah jika perlu, wajar diulang. Antara ciri-cirinya, yang pertama, penulis perlu mengusulkan tindakan atau langkah yang harus dilakukan oleh audiens. Tindakan itu perlu jelas, khusus, dan dapat difahami oleh pembaca malah jika perlu, wajar diulang.
Ciri kedua, bukti dan tujuan perlu diadun dengan kemas dan berkesan. Dengan kata lain, penulis berupaya untuk menghubungkaitkan hujah dengan tindakan yang disarannya. Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti yang kukuh untuk merangsang tujuan atau tindakan. Sebagai contoh, jika penulis menyatakan sesuatu itu lemah, kelemahan itu perlu dibuktikan dengan tepat dan jelas. Penulis juga perlu memberikan saranan untuk mengatasi kelemahan itu. Kedua-duanya pula mestilah meyakinkan. Saranan perlu relevan dan memang diyakini boleh mengatasi kelemahan serta dapat mendorong pembaca untuk bertindak.
Ciri ketiga, gaya penyampaian hujah dan saranan mestilah berkesan, bersifat imaginatif dan emotif. Keupayaan penulis untuk menguasai audiens amat penting. Diksi yang tepat dan jalinan ayat yang kemas dan pelbagai memainkan peranan penting kerana kedua-duanya dapat memberikan tenaga kepada penulisan untuk menarik perhatian pembaca. Selain itu, penulis sendiri harus mempunyai keyakinan terhadap ketepatan dan kelemahan sesuatu yang diperkatakan.
Penelitian terhadap retorik jenis pemujukan seperti iklan dalam media dapat menjelaskan tujuan dan matlamat pemujukan yang merupakan bentuk penyampaian ideologi, propaganda, atau alat untuk mempengaruhi sikap dan pendirian pembaca atau khalayak. Dalam erti kata lain, dalam proses memujuk atau mempengaruhi khalayak, wacana yang terhasil merupakan satu bentuk wacana yang lahir dari niat dan hasrat penulis mempengaruhi khalayak untuk menerima sesuatu fikiran atau amanat yang hendak disampaikannya.

 WACANA PEMUJUKAN TOKOH

Tugasan kali ini sama juga dengan tugasan yang lepas pula iaitu mencari satu tokoh dan ceritakan latar belakang mengenai tokoh yang dipiih. Tokoh yang dipilh ialah Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. Serba sedikit mengenai latar belakang Seniman Agung.

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya. Antara ciri-cirinya, yang pertama, penulis perlu mengusulkan tindakan atau langkah yang harus dilakukan oleh audiens. Tindakan itu perlu jelas, khusus, dan dapat difahami oleh pembaca malah jika perlu, wajar diulang.


Wacana Pemujukan

Wacana pemujukan bertujuan mengubah pemikiran dan  perlakuan pendengar atau pembaca. Kebiasaannya wacana pemujukan terdapat di dalam iklan. Wacana tersebut bersifat kreatif, maklumat mudah difahami. 

WACANA PEMUJUKAN PEMIMPIN

Tugasan kali ini pula ialah melakonkan satu situasi mengenai wacana pemujukan pemimpin yang biasa digunakan. Video dibawah mengenai wacana pemujukan pemimpin yang mana menunjukkan situasi sewaktu majlis Konvokesyen. Wacana pemujukan dalam video ini dapat dilihat apabila lakonan sebagai dekan membaca mengenai kisah hidup dan latar belakang seorang tokoh pemimpin sebagai penerima Anugerah Kehormat dalam majlis graduasi tersebut.


MENGENALI REJAB F.I

Dalam kelas penulisan tadi saya dan rakan - rakan telah belajar mengenai seorang tokoh yang sangat hebat dalam dunia penulisan iaitu Rejab F. I. Saya dan rakan - rakan diberi tugasan mengenai Sejarah hidup dan latar belakang Rejab F.I. Setiap kumpulan dikehendaki bercerita mengenai kisah Rejab F. I dalam bentuk dokumentari, syair, sajak, pantun, nyanyian dan juga teki teki. Oleh itu, kumpulan saya dikehendaki membuat teka - teki mengenai kisah Rejab F.I. Sedutan video dibawah adalah tugasan yang telah kami jalankan seperti yang diminta oleh pensyarah. 

Rejab F.I. adalah seorang penyair Malaysia yang berasal dari Perlis. Nama sebenarnya Rejab bin Ismail dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941. Beliau adalah seorang guru dan pernah memenangi Hadiah Sastera Nasional 1971 (puisi) dan Hadiah Sastera Esso-Gapena 1985 (Cerpen)





Teka-teki ( biodata Rejab F.I )

1) Apa huruf selepas E, __ dan sebelum G ?
2) Apa maksud bagi huruf tersebut ?
3) Dalam banyak-banyak kerbau, kerbau apa yang tak pernah gemuk ?



PENULISAN KREATIF

Minggu lepas saya berkesempatan mengikuti Program Lawatan Industri ke Kuala Lumpur anjuran Persatuan Komunikasi (Perkom) UUM dan saya berkesempatan melawat Syarikat Kumpulan Media Karangkraf. Setelah melawat dan diberi pendedahan dalam dunia penulisan berasa ingin menceburi dunia penulisan ini semakin membara. Jadi di ruang yang ada ini saya mula menghasilkan sebuah cerita atau novel yang bertajuk ‘Dari Budu Ke Kimchi’. Dalam proses menulis.

DARI BUDU KE KIMCHI
Sinopsis.
Pertama kali menjejaki kaki ke Korea, negara yang terkenal filem – filem romantik menjadikan Haura Aulia semakin fanatik dengan Negara itu. Memang impiannya sejak dibangku sekolah menengah lagi sudah ditanam utuh dalam hatinya untuk ke Negara kimchi itu. Mendapat tajaan daripada seorang yang berpangkat Tan Sri untuk menyambung pelajaran telah memberi semangat baru dalam hidup beliau, sewaktu bekerja sambilan sebagai pelayan di cafĂ© house di Ibu Negara. Banyak dugaan yang Haura Aulia tempuhi sewaktu di Korea. Sesat di bumi korea telah menemukan sang jejaka yang beraut pan asia.

“Ala mat sepet ni lagi.. Oiii kau ingat kau hensem ka dengan muka korea mung tu ?
Tapi kenapa setiap kali aku jumpat mat sepet ni hati aku tenang saat tengok muka dia.
Adakah aku dah tersuka pada dia.” Haura Aulia

“Haura u know I really love you. I know we're different religions, cultures, but it does not matter to me. Lagipun I dah belajar tentang islam, budaya melayu kenapa masih tidak boleh terima I.” Kim Jung Soo

Haura Aulia dalam dilema. Antara cinta dan kisah silam membelenggu kehidupannya. Pulang ke tanah air membawa diri daripada cinta pertamanya menemukannya dengan jejaka miskin yang hilang arah hidup. Persahabatan yang terjalin membuatkan Johan secara tidak sedar menyukai Haura dalam diam. Disaat hidup Johan kembali normal, bergelar usahawan muda dan bersedia meluah cinta yang mekar dihati kepada Haura di saat itulah muncul Kim Jung Soo mencari Haura. 

Untuk mengetahui pengakhiran kisah ini tunggu sehingga saya menyiapkan kisah ‘novel’ ini dan dibawah ini terdapat sedikit sedutan dalam kisah ‘Dari Budu Ke Kimchi’.

Dingin angin malam menyapa pipi mulus Haura. Tirai kamar biliknya seolah olah berbalas lambaian dengan pepohon di halaman rumahnya.
‘Aaaiiii…Sejuknya malam ni’. Desis Haura dalam hati. Dengan segera dia bangkit dari tempat beradunya menuntup tingkap.
“Haura dah kemas semua ke barang – barang nak bawak besok tu?” sapa wanita tua melangkah masuk ke kamar kecil itu sambil mengambil tempat di penjuru katil Haura. “ Alhamdulillah Tok Mek, semuanya dah settle tunggu nak angkut dalam kereta je”. Balas Haura sambil melabuhkan punggungnya disebelah ‘neneknya’ itu.
“ Tok Mek, tak sedih ke Haura nak pegi besok ni?” Tanya Haura sambil kepalanya melengtok pada bahu neneknya itu. “apa lah soalan tu, mestilah Tok Mek sedih nak berpisah dengan ‘Cik Haru’ Tok Mek ni. Balas Tok Mek dengan nada bersahaja.
Dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk dia melepaskan cucunya itu untuk berjauhan dengannya. Bukan dia tiada cucu – cucu lain, ada tapi Haura inilah satu – satunya cucu yang dia pelihara sejak umur 6 tahun sampailah sekarang. Sejak kehilangan anak bongsu dan menantu kesayangan dalam kemalangan jalan raya 14 tahun yang lalu dialah yang menjaga satu – satunya zuriat yang ditinggalkan oleh anak dan menantu kesayangan itu. Haura lah tempat dia curahkan segala kasih sayang dan tempat dia mengubat kerinduan buat anak dan menantu kesayangan yang terlebih dahulu menghadap Ilahi.
“Tok Mek ni, orang tanya betol – betol dia main- main pulak”balas Haura sambil memuncungkan mulutnya persis itik.
                                                   
 DARI BUDU  KE  KIMCHI