Tuesday, 8 December 2015

(TOKOH PENDIDIKAN - AMINUDDIN BAKI)
Aminuddin Baki (26 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.
Pada 26 November 2015, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengurniakan darjah kebesaran Darjah Seri Paduka Mahkota Perak secara anumerta sempena hari keputeraan Sultan Perak bagi mengenang jasa Aminuddin.
Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sebentar waktu dan kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti Londondengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952. Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan pada bulan Julai 1953. Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.
Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti MalayaPersatuan Al-RahmanPersatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.
Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

PERANAN GURU DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Pendahuluan
-Tanggal 16 Mei merupakan suatu tarikh yang tidak asing lagi bagi Negara kita.  Pada 16 Mei merupakan hari keramat bagi setiap insan yang bergelar guru  kerana pada tarikh tersebut akan diadakan sambutan “Hari Guru”.

Isi
1) Lahir golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi.
    -melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara.

2) Bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu.
    -menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran.

3) Melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air  kita.
   -menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan.

4) Membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. 
   -kini banyak pelajar telah dipengaruhi oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial.
   -mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan.

Kesimpulan
-Guru memainkan peranan yang utama dalam membentuk modal insan yang berkualiti        supaya dapat membimbing pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan.





No comments:

Post a Comment