CIRI - CIRI RAKAN YANG BAIK
- Sentiasa
membantu ketika dalam kesusahan.
- Menunjukkan
teladan yang baik.
- Mengajak
ke arah kebaikan.
- Bersedia
mendengar masalah.
- Membantu
dalam pelajaran
Persahabatan
dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang
lama. Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud,
“Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual
minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila
kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan
terpalit juga kepada dirimu”. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan
dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari
daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah
tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak
memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang
diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi
lawan pada hari kemudian.
Ciri
yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika
susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi
rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada
supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah,
rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat
diperlukan.
Seterusnya
ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa mempamerkan adab
dan akhlak yang mulia untuk dijadikan ikutan kita. Rakan yang baik akan selalu
menasihati kita jangan melakukan kesalahan dan menegur orang ke arah kebaikan.
Rakan yang baik juga boleh dijadikan tempat meluahkan masalah supaya beban
masalah yang ditanggung akan berkurangan. Apabila kita sakit, mereka akan
menziarahi kita untuk bertanyakan khabar dan membincangkan perkara-perkara yang
menarik. Mempunyai rakan yang baik dapat membimbing kita ke jalan yang benar
agar kita tidak terlibat dalam kancah maksiat. Ia dapat mengajar kita menjadi
seorang yang matang, berpendirian tegas, bijak membuat keputusan dan tidak
mudah mengaku kalah.
Disamping
itu, ciri-ciri kawan yang patut menjadi pilihan kita ialah kawan yang mendorong
kearah kebaikan. Hal ini kerana,mereka dapat membentuk jati diri seseorang itu
menjadi insan yang bepekerti mulia. Buktinya, ramai pelajar yang menjadi lebih
cemerlang dengan cara memilih rakan yang baik bagi mengelakkan mereka daripada
terpesong .Oleh itu, untuk menambahkan lagi kecemerlangan pelajar, saya
berharap agar para pelajar perlulah memilih kawan yang baik supaya lebih cemerlang. Jika
hal ini dapat dilaksanakan maka,ramailah pelajar akan lebih cemerlang daripada
segi akhlak dan peribadi mereka.
Selain
itu, Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi
ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang
diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita
menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan
mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita
perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.
Seterusnya,
ciri kawan yang perlu kita pilih ialah seorang kawan yang dapat membantu kita
dalam pelajaran. Hal demikian,kawan yang kita pilih itu dapat membantu kita
meningkatkan lagi prestasi kita dalam pelajaran.Buktinya, ramai pelajar yang
ketinggalan boleh berjaya kerana bantuan kawan yang rajin.Oleh itu,untuk kita
meningkatkan lagi prestasi kita dalam kelas saya berharap agar pelajar membuat
keputusan dahulu sebelum memilih kawan seperti peribahasa "tepuk dada
tanya selera".Jika hal ini dapat dilaksanakan maka,pelajar akan berjaya
pada masa hadapan.
Sesungguhnya,
setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah
bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh
itu, kita haruslah berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri
insan terpilih.
No comments:
Post a Comment