Monday, 7 December 2015

PENULISAN KREATIF

Minggu lepas saya berkesempatan mengikuti Program Lawatan Industri ke Kuala Lumpur anjuran Persatuan Komunikasi (Perkom) UUM dan saya berkesempatan melawat Syarikat Kumpulan Media Karangkraf. Setelah melawat dan diberi pendedahan dalam dunia penulisan berasa ingin menceburi dunia penulisan ini semakin membara. Jadi di ruang yang ada ini saya mula menghasilkan sebuah cerita atau novel yang bertajuk ‘Dari Budu Ke Kimchi’. Dalam proses menulis.

DARI BUDU KE KIMCHI
Sinopsis.
Pertama kali menjejaki kaki ke Korea, negara yang terkenal filem – filem romantik menjadikan Haura Aulia semakin fanatik dengan Negara itu. Memang impiannya sejak dibangku sekolah menengah lagi sudah ditanam utuh dalam hatinya untuk ke Negara kimchi itu. Mendapat tajaan daripada seorang yang berpangkat Tan Sri untuk menyambung pelajaran telah memberi semangat baru dalam hidup beliau, sewaktu bekerja sambilan sebagai pelayan di cafĂ© house di Ibu Negara. Banyak dugaan yang Haura Aulia tempuhi sewaktu di Korea. Sesat di bumi korea telah menemukan sang jejaka yang beraut pan asia.

“Ala mat sepet ni lagi.. Oiii kau ingat kau hensem ka dengan muka korea mung tu ?
Tapi kenapa setiap kali aku jumpat mat sepet ni hati aku tenang saat tengok muka dia.
Adakah aku dah tersuka pada dia.” Haura Aulia

“Haura u know I really love you. I know we're different religions, cultures, but it does not matter to me. Lagipun I dah belajar tentang islam, budaya melayu kenapa masih tidak boleh terima I.” Kim Jung Soo

Haura Aulia dalam dilema. Antara cinta dan kisah silam membelenggu kehidupannya. Pulang ke tanah air membawa diri daripada cinta pertamanya menemukannya dengan jejaka miskin yang hilang arah hidup. Persahabatan yang terjalin membuatkan Johan secara tidak sedar menyukai Haura dalam diam. Disaat hidup Johan kembali normal, bergelar usahawan muda dan bersedia meluah cinta yang mekar dihati kepada Haura di saat itulah muncul Kim Jung Soo mencari Haura. 

Untuk mengetahui pengakhiran kisah ini tunggu sehingga saya menyiapkan kisah ‘novel’ ini dan dibawah ini terdapat sedikit sedutan dalam kisah ‘Dari Budu Ke Kimchi’.

Dingin angin malam menyapa pipi mulus Haura. Tirai kamar biliknya seolah olah berbalas lambaian dengan pepohon di halaman rumahnya.
‘Aaaiiii…Sejuknya malam ni’. Desis Haura dalam hati. Dengan segera dia bangkit dari tempat beradunya menuntup tingkap.
“Haura dah kemas semua ke barang – barang nak bawak besok tu?” sapa wanita tua melangkah masuk ke kamar kecil itu sambil mengambil tempat di penjuru katil Haura. “ Alhamdulillah Tok Mek, semuanya dah settle tunggu nak angkut dalam kereta je”. Balas Haura sambil melabuhkan punggungnya disebelah ‘neneknya’ itu.
“ Tok Mek, tak sedih ke Haura nak pegi besok ni?” Tanya Haura sambil kepalanya melengtok pada bahu neneknya itu. “apa lah soalan tu, mestilah Tok Mek sedih nak berpisah dengan ‘Cik Haru’ Tok Mek ni. Balas Tok Mek dengan nada bersahaja.
Dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk dia melepaskan cucunya itu untuk berjauhan dengannya. Bukan dia tiada cucu – cucu lain, ada tapi Haura inilah satu – satunya cucu yang dia pelihara sejak umur 6 tahun sampailah sekarang. Sejak kehilangan anak bongsu dan menantu kesayangan dalam kemalangan jalan raya 14 tahun yang lalu dialah yang menjaga satu – satunya zuriat yang ditinggalkan oleh anak dan menantu kesayangan itu. Haura lah tempat dia curahkan segala kasih sayang dan tempat dia mengubat kerinduan buat anak dan menantu kesayangan yang terlebih dahulu menghadap Ilahi.
“Tok Mek ni, orang tanya betol – betol dia main- main pulak”balas Haura sambil memuncungkan mulutnya persis itik.
                                                   
 DARI BUDU  KE  KIMCHI    




PENULISAN KREATIF (SAJAK)


TEMA: KERANAMU MALAYSIA


BEBAS

Pewira negara melangkah gagah
Berjuang hingga titisan darah
Menentang anasir yang licik sifatnya
Mengekploitasi khazanah, mengaut keuntungan
Dulu Tanah Melayu dipandang hina
Penghuninya diseksa, menanggung keperitan dijajah
Keringat menitik membalut tubuh
Dikerah dan diherdik
Dilayan bagai binatang ditanah sendiri

Namun dengan semangat membara
Jati diri bangsa melayu dijulang teguh
Menjadi pembakar semangat
Bangkit
Bangkit
Meperjuangkan hak Tanah Melayu
Menentang pengkianat persis iblis

Kini segalanya tinggal sejarah
Malaysia telah merdeka
Bebas
Bebas
Membangun hasil titik peluh sendiri
Hingga utuh dan terkenal serata dunia
Keranamu Malaysia
Aku juga bebas




SEINDAH NAMAMU

Malaysia
Tanahnya harmoni penuh kedamaian
Penghunimu berbeza segala - galanya
Pelbagai budaya
Pelbagai bangsa
Tinggal dibawah satu payung negara

Malaysia
Namamu sering meniti di bibir – bibir netizenmu
Dek bangga bergelar rakyatmu
Dek bangga pembangunanmu semakin mengganas
Dari sebuah negara tidak dikenali
Sehingga masyur di pentas dunia

Malaysia
Wargamu hidup aman dan damai
Biarpun sedikit pertelingkahan ideolog fahaman
Namun tanahmu tetap subur
Mekar mewangi selama – lamanya

Malaysia
Sungguhlah benarlah
Dirimu seindah namamu




No comments:

Post a Comment